Welcome to Jelieti Cafe and Bistro blog Jelieti Cafe & Bistro

Pages

Saturday, 14 December 2013

Opening Now

Selamat petang semua..Jelieti Cafe & Bistro is opening now. So,pada sesiapa yang masih tercari-cari tempat untuk mengisi perut pd petang ni, jemputla ke cafe kami. Kami menyediakan pelbagai hidangan snek untuk anda nikmati. Selain daripada pilihan snek melayu seperti karipap goreng, kuih che' mek molek, keropok lekor goreng, kami juga menyediakan pilihan snek barat seperti french fries,sosej, nugget ayam,potato wedges dan lain-lain. Jadi,apa tunggu lagi? Jom makan-makan kat Jelieti Cafe & Bistro.



*Lokasi kami terletak di Jalan Kamaruddin bersebelahan dgn pusat cuci kereta JWS AutoSpa.*

Tuesday, 10 December 2013

Udang Ketok Special

Hye readers!Selamat tengahari. Alhamdulillah, cuaca hari ini di Kuala Terengganu dah cerah. Harapnya semakin hari, semakin cerah la kan.Macam iklan garnier la pulak..hee..Untuk post hari ni, kami di Jelieti Cafe & Bistro nak promote salah satu menu menarik yang kami sediakan di cafe ini. Pernah dengar udang ketok tak? Saya percaya mesti ada antara readers yang sedikit pelik mendengar nama 'ketok' tu. Untuk pengetahuan, udang ketok adalah salah satu jenis udang selain udang galah, udang harimau, udang minyak dan lain-laim udang lagi. Udang ketok adalah salah satu udang besar seperti udang galah,tapi sedikit lain bentuknya. Macam ni :




Dan selepas dimasak:
-
-
-
-
-
-
-
-
-

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa....







Menarik tak?nampak lazat?Jadi,apa tunggu lagi..jom ke cafe kami segera untuk merasai keenakan Udang Ketok Special ni. :)











Tarikh Pembukaan Cafe

Assalamualaikum w.b.t.. Entry-entry sebelum ni tak pernah diceritakan lagi bila Jelieti Cafe & Bistro ni dibuka. Jadi,tugas kami di sini memberitahu anda bahawa Jelieti Cafe & Bistro ini telah dibuka pada 13hb April 2013. Ini bermakna restoran ini baru beroperasi pada pertengahan tahun ini. Kami menyediakan makanan melayu dan barat  dari produk yang berkualiti dan sedap :)

Kami menyediakan hampir 100 jenis menu pilihan untuk anda nikmati. Selain itu terdapat juga perkhidmatan lain yang ada di kedai kami seperti kiosk makanan, free wifi, dan pelbagai lagi. Nak tahu lebih lanjut,datanglah ke restoran kami di Jalan Kamaruddin, bersebelahan dengan pusat cuci kenderaan JWS AutoSpa.. :)









*Suasana malam di Jelieti Cafe & Bistro*








Saturday, 7 December 2013

Tempahan

Kami di Jelieti Cafe & Bistro menyediakan khidmat tempahan awal untuk sebarang majlis samaada majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis makan malam dan sebagainya. Khidmat katering juga disediakan di sini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi :
no telefon 09- 626 2666
emelkan ke jelieticafe.trg@gmail.com atau 
datang terus ke kedai kami yang bersebelahan dengan pusat cucian kenderaan JWS AutoSpa. Kami mengalu-alukan kedatangan anda.


*Khidmat Katering*



*Bangunan Jelieti Cafe & Bistro*

*Antara perkhidmatan yang kami sediakan di sini*




Tuesday, 3 December 2013

Pilihan Menu

Anda masih mencari-cari makanan untuk makan petang dan dinner hari ni? Jelieti Cafe & Bistro ada jawapannya. Kami menyediakan pelbagai hidangan yang pasti membuat anda rambang mata untuk memilih. Dari masakan nasi goreng, makanan barat, snek, tomyam ala thai dan sebagainya pasti membuatkan air liur anda meleleh tatkala melihat hidangan yang baru dimasak di depan mata. Selain itu, pelbagai jenis minuman juga disediakan di sini seperti  'air float', 'ice blended', minuman sejuk, minuman panas, kordial, lassi dan juga jus buah-buahan. Musim-musim hujan macam ni kan best kalau pekena nasi putih + tomyam seafood panas2 dan air teh panas atau milo panas. Makan snek ringan-ringan macam keropok lekor, french fries pon best kan. Sedaaaappp!! Kat mana lagi kalau bukan di Jelieti Cafe & Bistro. Jom ramai2..  =)