Welcome to Jelieti Cafe and Bistro blog 2013 | Jelieti Cafe & Bistro

Pages

Saturday 14 December 2013

Opening Now

Selamat petang semua..Jelieti Cafe & Bistro is opening now. So,pada sesiapa yang masih tercari-cari tempat untuk mengisi perut pd petang ni, jemputla ke cafe kami. Kami menyediakan pelbagai hidangan snek untuk anda nikmati. Selain daripada pilihan snek melayu seperti karipap goreng, kuih che' mek molek, keropok lekor goreng, kami juga menyediakan pilihan snek barat seperti french fries,sosej, nugget ayam,potato wedges dan lain-lain. Jadi,apa tunggu lagi? Jom makan-makan kat Jelieti Cafe & Bistro.



*Lokasi kami terletak di Jalan Kamaruddin bersebelahan dgn pusat cuci kereta JWS AutoSpa.*

Tuesday 10 December 2013

Udang Ketok Special

Hye readers!Selamat tengahari. Alhamdulillah, cuaca hari ini di Kuala Terengganu dah cerah. Harapnya semakin hari, semakin cerah la kan.Macam iklan garnier la pulak..hee..Untuk post hari ni, kami di Jelieti Cafe & Bistro nak promote salah satu menu menarik yang kami sediakan di cafe ini. Pernah dengar udang ketok tak? Saya percaya mesti ada antara readers yang sedikit pelik mendengar nama 'ketok' tu. Untuk pengetahuan, udang ketok adalah salah satu jenis udang selain udang galah, udang harimau, udang minyak dan lain-laim udang lagi. Udang ketok adalah salah satu udang besar seperti udang galah,tapi sedikit lain bentuknya. Macam ni :




Dan selepas dimasak:
-
-
-
-
-
-
-
-
-

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa....







Menarik tak?nampak lazat?Jadi,apa tunggu lagi..jom ke cafe kami segera untuk merasai keenakan Udang Ketok Special ni. :)











Tarikh Pembukaan Cafe

Assalamualaikum w.b.t.. Entry-entry sebelum ni tak pernah diceritakan lagi bila Jelieti Cafe & Bistro ni dibuka. Jadi,tugas kami di sini memberitahu anda bahawa Jelieti Cafe & Bistro ini telah dibuka pada 13hb April 2013. Ini bermakna restoran ini baru beroperasi pada pertengahan tahun ini. Kami menyediakan makanan melayu dan barat  dari produk yang berkualiti dan sedap :)

Kami menyediakan hampir 100 jenis menu pilihan untuk anda nikmati. Selain itu terdapat juga perkhidmatan lain yang ada di kedai kami seperti kiosk makanan, free wifi, dan pelbagai lagi. Nak tahu lebih lanjut,datanglah ke restoran kami di Jalan Kamaruddin, bersebelahan dengan pusat cuci kenderaan JWS AutoSpa.. :)









*Suasana malam di Jelieti Cafe & Bistro*








Saturday 7 December 2013

Tempahan

Kami di Jelieti Cafe & Bistro menyediakan khidmat tempahan awal untuk sebarang majlis samaada majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis makan malam dan sebagainya. Khidmat katering juga disediakan di sini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi :
no telefon 09- 626 2666
emelkan ke jelieticafe.trg@gmail.com atau 
datang terus ke kedai kami yang bersebelahan dengan pusat cucian kenderaan JWS AutoSpa. Kami mengalu-alukan kedatangan anda.


*Khidmat Katering*



*Bangunan Jelieti Cafe & Bistro*

*Antara perkhidmatan yang kami sediakan di sini*




Tuesday 3 December 2013

Pilihan Menu

Anda masih mencari-cari makanan untuk makan petang dan dinner hari ni? Jelieti Cafe & Bistro ada jawapannya. Kami menyediakan pelbagai hidangan yang pasti membuat anda rambang mata untuk memilih. Dari masakan nasi goreng, makanan barat, snek, tomyam ala thai dan sebagainya pasti membuatkan air liur anda meleleh tatkala melihat hidangan yang baru dimasak di depan mata. Selain itu, pelbagai jenis minuman juga disediakan di sini seperti  'air float', 'ice blended', minuman sejuk, minuman panas, kordial, lassi dan juga jus buah-buahan. Musim-musim hujan macam ni kan best kalau pekena nasi putih + tomyam seafood panas2 dan air teh panas atau milo panas. Makan snek ringan-ringan macam keropok lekor, french fries pon best kan. Sedaaaappp!! Kat mana lagi kalau bukan di Jelieti Cafe & Bistro. Jom ramai2..  =)










Saturday 30 November 2013

Breakfast!

Morning!!Pada anda yang tak sarapan lagi, datanglah ke Jelieti Cafe & Bistro. Nasi kuning dan nasi dagang menanti anda..=)






Dinner di Jelieti Cafe & Bistro

Assalamualaikum..hello readers..kami di Jelieti Cafe & Bistro dengan sukacitanya mengalu2kan kunjungan anda. Pelbagai pilihan makanan yang anda boleh nikmati. MARI!!MARI!!MARI!!JOM! JOM! JOM!.JOM KE JELIETI CAFE & BISTRO..







Wednesday 27 November 2013

Jom Jom Jom

Hye olssss..jom ke Jelieti Cafe & Bistro. Kami di sini menanti kehadiran anda. Jom rasa makanan-makanan di Jelieti. Pelbagai hidangan yang boleh anda pilih di sini. Semua kategori ada. Daripada nasi, mee, bihun, kuew tiew, snek, aiskrim dan banyak lagi. Datanglah ke Jelieti Cafe & Bistro untuk melihat sendiri menu yang terdapat di sini.



*Kuew Tiew Hong Kong*


*Nasi Putih Paprik*


*Chicken Chop Jelieti*


*Bihun Goreng Singapore*


*Mee Goreng Basah*

Nampak menyelerakan tak?So, apa tunggu lagi. Jom2 kenyangkan perut anda dengan makanan di sini. Konfem puas hati.Terbaik bohh!!



Tuesday 26 November 2013

Jom meriahkan Jelieti Cafe & Bistro

Hello readers!dah lunch belum?kalau tak lunch lagi, kami di Jelieti Cafe & Bistro mengalu2kan kedatangan anda semua di sini. Ermm,ni nak bagitahu kat adik2, kakak2, abang2, pakcik2, makcik2 semua..nak cerita kat semua. Untuk pengetahuan, artis-artis pun dah pernah menjamu selera kat Jelieti Cafe & Bistro ni. Jadi, anda-anda semua apa tunggu lagi? Moh ler ramai-ramai pakat meriahkan cafe ni. Bersebelahan dengan JWS AutoSpa di Jalan Kamaruddin.








*Ridzuan Hashim*


*Jihan Raja Lawak*


*Antara barisan artis di depan kiosk perniagaan berhampiran Jelieti Cafe & Bistro*



*Syed Aiman*




Pilihan Snek

Morning u ols!!siapa2 yang tak sarapan lagi, jom ramai2 ke Jelieti Cafe & Bistro. Kami menyediakan pelbagai hidangan menarik. Yang mana taknak makan nasi, takde selera nak makan nasi pagi-pagi, takde masalah. Kami juga menyediakan pelbagai snek ringan untuk anda. Antaranya karipap goreng, keropok lekor goreng, kayu keramat berinti, sate ikan, sardin roll, nugget ayam dan sebagainya.














Antara snek-snek yang kami sediakan untuk pelanggan. Pelbagai lagi pilihan menu lain yang boleh dipilih jika anda berkunjung ke cafe kami. Jadi, segeralah ke Jelieti Cafe & Bistro. Ajak kawan-kawan, sedara mara sekali ye..


Peta

For those yang tercari-cari di mana lokasi Jelieti Cafe & Bistro ni, kami sediakan peta lokasi untuk anda. Bukan peta untuk majlis perkahwinan ye.hehe..
It's peta Jelieti Cafe & Bistro okey! :)




Lokasi kami bersebelahan dengan pusat cucian kereta JWS AutoSpa aje. Kalau bosan menunggu kereta siap dicuci, boleh order makanan dengan waiters n waitresses cafe. InsyaAllah, kami akan memberikan khidmat yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan di sini. 


Monday 25 November 2013

Waktu operasi baru

Yahooo...ada berita baik untuk anda.Jelieti Cafe & Bistro akan mula beroperasi pada jam 8.00 pagi setiap hari bermula hari ini (26 November 2013).Sebelum ni,kami beroperasi bermula 4 petang. Jadi,untuk mereka yang masih tercari-tercari tempat untuk bersarapan pada musim cuti sekolah ni,jom cepat2 ke Jelieti Cafe & Bistro di Jalan Kamaruddin. Pelbagai menu menarik menanti anda. Antaranya Nasi Kuning Jelieti Special dan Nasi Dagang Jelieti Special.Jadi,apa tunggu lagi?Datang jangan x datang.. :)





Bangunan Jelieti Cafe & Bistro


We are here! Ni lah bangunan Jelieti Cafe & Bistro. Pada sape2 yang tak pernah lagi datang ke sini,jom pakat ramai2 datang makan kat sini. Dijamin kenyang dan berbaloi-baloi.


* Sudut pandangan hadapan cafe*



* Sudut pandangan sisi cafe*



* Sudut pandangan dalam cafe*



* Sudut pandangan hadapan bangunan*


* Antara pelanggan yang berkunjung ke Jelieti Cafe & Bistro*