Welcome to Jelieti Cafe and Bistro blog Konsep Jelieti Cafe & Bistro | Jelieti Cafe & Bistro

Pages

Sunday 24 November 2013

Konsep Jelieti Cafe & Bistro

Konsep makan sambil cuci kereta menjadi daya penarik Jelieti Cafe & Bistro memikat pelanggan untuk menikmati pelbagai hidangan tempatan dan barat di premis di Wisma Jalinan, Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu. Idea membuka kafe bersebelahan tempat membasuh kereta ini membawa pulangan positif kerana selesa menikmati makanan di cafe ini sementara menunggu kenderaan siap dicuci.

Dengan adanya kafe ini, pelanggan yang membasuh kenderaan tidak perlu menunggu tanpa berbuat apa-apa sebaliknya mereka boleh menjamu selera dengan hidangan lazat.

Biasanya kenderaan yang dibasuh mengambil masa 30 minit, justeru pelanggan dapat menikmati dua perkhidmatan serentak. Kafe ini beroperasi dari jam 3 petang hingga 2 pagi setiap hari. Lebih menarik kerana pelanggan dapat menghayati alunan muzik dari dua kumpulan tempatan yang beraksi jam 9 malam setiap hari kecuali Khamis. Mereka yang meminati fesyen boleh mengunjungi kedai fesyen wanita selain kedai serbaneka di belakang kafe. Sejak dibuka, pelbagai komen positif mengenai suasana kafe dan menu yang dihidangkan diterima dari pelanggan. Kami di Jelieti Cafe sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dan mengalu-alukan sebarang cadangan meningkatkan kualiti perkhidmatan.



Jelieti Cafe yang terletak di Wisma Jalinan, Jalan Kamaruddin. (bersebelahan JWS AutoSpa)



0 comments:

Post a Comment